Monday, August 9, 2010

Tips Untuk Pengusaha Tanaman Cili Yang Baru

Assalamualaikum semua,

Ada pelawat blog saya yang SKYPE saya meminta pandangan dan nasihat tentang hasratnya untuk menanam sekitar 10000 pokok cili.

Dengan rendah dirinya, suka saya nasihatkan agar para pengusaha tanaman cili yang baru menceburi bidang penanaman cili ini bermula dengan jumlah yang kecil dahulu untuk mendapatkan pendedahan sebenar masalah tanaman cili ini disamping membolehkan anda mengenalpasti kemampuan anda baik dari segi tenaga, kewangan dan juga sumber pekerja anda.

Ini kerana kos tanaman cili ini agak tinggi dan memerlukan kajian yang mendalam sebelum bermula.

Jangan terlalu ghairah mengejar pulangan yang besar terlalu awal dan jangan mudah terpengaruh dengan kejayaan penanam cili senior. Mereka telah mengalami pelbagai pahit getir tanaman cili dan tidak dapat menceritakan semuanya kepada anda melainkan anda lalui sendiri dan fahamkan sendiri. Pengalaman setiap penanam tidak semestinya sama dan tidak semestinya boleh digunapakai. Gunakanlah yang berkaitan sahaja.

Jadi, mulalah dengan kuantiti yang kecil dahulu. Ada 1001 masalah berkenaan tanaman cili yang perlu anda fahami dahulu. Dari luaran, laut memang kelihatan cantik. Setelah menyelam,barulah anda tahu apa yang menunggu anda di dalamnya. Begitu juga cili. Itulah sebab harganya tinggi dan permintaannya juga tinggi. Ini kerana tidak mudah untuk menanamnya. Namun begitu, setelah anda memahami rentak tari tanaman ini, barulah saya galakkan anda ‘all out’ atau ‘full swing’ dengannya. Permintaan cili ini memang tinggi terutamanya pada musim menghampiri perayaan, musim hujan dan sebagainya. Jangan bimbang.

Saya ulangi, untuk permulaan, saya nasihatkan eloklah anda bermula dengan 300 hingga 400 pokok dahulu agar anda tidak rugi besar jika gagal. Ini kerana anda masih dalam proses pembelajaran. Bagi saya, masalah tanaman cili ini sama sahaja tanpa mengira jumlah pokok kerana jenis penyakit dan ulat yang menyerang tetap sama walaupun kuantiti pokok anda kecil. Kenali masalah pokok dan jenis ulat dahulu. Biasakan diri anda dengan cuaca panas dahulu kerana cili sesuai dipetik pada waktu panas.

Buat kajian kos terperinci tentang sewa tanah, gaji pekerja, kos pemasaran, kos meracun, kos baja,kos penyiraman, bil elektrik dan sebagainya. Buat juga persediaan berhubung tenaga kerja jika tenaga kerja sedia ada berhenti kerja,bermasalah dan sebagainya.

Ini kerana sebagai usahawan yang komited,setelah anda bermula,anda tidak boleh toleh ke belakang lagi. Segala masalah yang bakal mendatang, telah anda sediakan pelan mengatasnya.Jika kajian anda lengkap, insya Allah anda akan berjaya.

Rata-rata kegagalan pengusaha tanaman cili kita saya dapati berpunca daripada ketiadaan pekerja yang mencukupi terutamanya untuk proses mengemas kebun dan juga penanaman semula. Antara punca lainnya pula ialah kesalahan harga jualan tanaman. Jika anda menjual pada harga yang rendah, cili anda memang laris tetapi adakah anda untung? Sebagai peniaga dan usahawan, anda perlu untung.

Soal untung ini amat kritikal untuk menjamin kelangsungan usaha dan motivasi anda.
Aktiviti memetik cili dan meracun juga memakan masa. Aktiviti pemantauan dan membaik pulih pokok yang telah tumbang akibat rebut dan sebagainya juga meletihkan dan memerlukan tenaga yang mencukupi di samping ketabahan dan semangat yang cekal.
Untuk makluman anda, kos baja untuk tanaman cili sahaja juga agak tinggi. Boleh mencecah sekitar RM700 sebulan untuk 2000 pokok cili.

Berdasarkan pengalaman saya, masalah besar tanaman cili ini ialah kulat yang datang daripada pelbagai punca dan juga kekurangan tenaga pekerja.

Bercakap tentang pasaran cili, setakat ini, pasaran cili memang tidak ada masalah. Permintaan memang tinggi. Cuma hasil cili tempatan yang tidak mencukupi kerana banyak kebun cili yang diserang perosak dan bermasalah.

Akhir kata, sebagai rumusan,tips saya untuk semua pengusaha cili adalah seperti berikut:-

1.Pastikan anda memerlukan pekerja yang mencukupi dan memiliki permit kerja berkaitan yang sah.

2. Pastikan anda menjual hasil anda pada harga yang menguntungkan. Buat kajian kos terperinci. Jika atas kertas sudah rugi,buat kajian semula atau jangan teruskan.

3. Pastikan anda memiliki modal kecemasan yang mencukupi (untuk tanam semula pada bila-bila masa).

4.Pemantauan harian status pokok amat kritikal dan lebih berkesan berbanding meracun.(Pencegahan lebih baik daripada rawatan). Melalui pemantaun harian yang teliti, anda dapat mengenalpasti pokok anda yang bermasalah secepat mungkin dan membuangnya segera. Kos rawatan agak tinggi dan belum tentu berhasil. Pencantasan dahan bermasalah juga amat membantu kerana penyakit dan serangan merebak dengan sangat cepat melalui angin, kulat dan sebagainya. Percayalah. Racun tertentu hanya berkesan untukperingkat tertentu. Itulah sebabnya mengapa saya sangat menekankan faktor pemantauan untuk kejayaan anda.Untuk aktiviti pemantauan, jumlah pekerja yang mencukupi dan boleh dipercayai amat penting di dalam tanaman cili ini.

5. Tuan punya tanaman (anda) harus terlibat aktif di dalam aktiviti tanaman cili ini. Anda tidak boleh mengharapkan pekerja anda semata-mata.

6.Kebun/ladang anda tidak boleh berada jauh dari anda. Banyak masalah yang akan timbul kelak.

Semoga Berjaya.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih encik mohammad....saya baru2 nak mnceburi dlm bidang penanam cili ini....apa yg encik mohammad tulis pasal penananm cili nie bagus...bagi pihak2 yg baru nak mnceburi dlm bidang nie.....masalah2 pnyakit2,tenaga kerja...dan modal pusingan,upah pekerja,duit baja,duit racun tu kena cukup,...xsemesti nya tanam....terus dpt hasil yg lumayan..bnyak yg perlu dipelajari....lagi2 mcm saya yg baru2 nak menceburi dlm bidang ini.....

    ReplyDelete
  3. terima kasih encik mohammad....saya baru2 nak mnceburi dlm bidang penanam cili ini....apa yg encik mohammad tulis pasal penananm cili nie bagus...bagi pihak2 yg nak mnceburi dlm bidang nie.....masalah2 pnyakit2,tenaga kerja...dan modal pusingan tu kena cukup...xsemesti nya tanam....terus dpt hasil yg lumayan..bnyak yg perlu dipelajari....lagi2 mcm saya yg baru2 nak menceburi dlm bidang ini.....

    ReplyDelete
  4. terima kasih diatas nasihat,, saya bru hendak memulakan tanaman ini.. dengan keluasan tanah di belakang rumah 20 x 70 kaki.., sesuai utk saya belajar dan memahami penyakit cili ini..

    ReplyDelete
  5. thank you! your information very use-full for me. once again. thank you.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum En mohamed.Saya ada menjual baja no 1 terbaik dan termurah.Merawat, menyuburkan, meningkatkan hasil tanaman.Rm300 untuk 15ekar.Sedia khidmat ke tempat anda.Mohd 0196780795.Insyaallah

    ReplyDelete
  7. Sy ni masih muda tpi sy dah thu bab2 ni ....sy nk mnnm cili padi seluas 4ekar agak2 berpe pokok sy blh dpt ...tnga kerja ad dlm 4 3 org ...

    Kuantan.pahang
    Nama rasydan umur 16
    Email ahmadrasydans@gmail.com
    No 0199197754

    Sy mngunakn tanah atok sy modal atok sy bg dlm 5.000 ..agak2 cukup ??? Please contact me i need that infomation

    ReplyDelete
  8. mcm butuh engko ni...punya pasal kitaorng la nak mnta nasihat kt senior ke junior ke..ko peduli ape sundal...pepatah ko pun mcm hanjing...laut kelihatan cantik la,menyelam pui....najis...

    ReplyDelete
  9. salam..encik boleh bagi no tel..senang utk sy brtanya..ade minat nak usahakan tanah di kampung

    ReplyDelete
  10. Salam, saya nak tahu jenis racun dan baja yang bersesuaian dengan cili. Boleh beri cadangan?

    ReplyDelete