Monday, August 9, 2010

Tips Untuk Pengusaha Tanaman Cili Yang Baru

Assalamualaikum semua,

Ada pelawat blog saya yang SKYPE saya meminta pandangan dan nasihat tentang hasratnya untuk menanam sekitar 10000 pokok cili.

Dengan rendah dirinya, suka saya nasihatkan agar para pengusaha tanaman cili yang baru menceburi bidang penanaman cili ini bermula dengan jumlah yang kecil dahulu untuk mendapatkan pendedahan sebenar masalah tanaman cili ini disamping membolehkan anda mengenalpasti kemampuan anda baik dari segi tenaga, kewangan dan juga sumber pekerja anda.

Ini kerana kos tanaman cili ini agak tinggi dan memerlukan kajian yang mendalam sebelum bermula.

Jangan terlalu ghairah mengejar pulangan yang besar terlalu awal dan jangan mudah terpengaruh dengan kejayaan penanam cili senior. Mereka telah mengalami pelbagai pahit getir tanaman cili dan tidak dapat menceritakan semuanya kepada anda melainkan anda lalui sendiri dan fahamkan sendiri. Pengalaman setiap penanam tidak semestinya sama dan tidak semestinya boleh digunapakai. Gunakanlah yang berkaitan sahaja.

Jadi, mulalah dengan kuantiti yang kecil dahulu. Ada 1001 masalah berkenaan tanaman cili yang perlu anda fahami dahulu. Dari luaran, laut memang kelihatan cantik. Setelah menyelam,barulah anda tahu apa yang menunggu anda di dalamnya. Begitu juga cili. Itulah sebab harganya tinggi dan permintaannya juga tinggi. Ini kerana tidak mudah untuk menanamnya. Namun begitu, setelah anda memahami rentak tari tanaman ini, barulah saya galakkan anda ‘all out’ atau ‘full swing’ dengannya. Permintaan cili ini memang tinggi terutamanya pada musim menghampiri perayaan, musim hujan dan sebagainya. Jangan bimbang.

Saya ulangi, untuk permulaan, saya nasihatkan eloklah anda bermula dengan 300 hingga 400 pokok dahulu agar anda tidak rugi besar jika gagal. Ini kerana anda masih dalam proses pembelajaran. Bagi saya, masalah tanaman cili ini sama sahaja tanpa mengira jumlah pokok kerana jenis penyakit dan ulat yang menyerang tetap sama walaupun kuantiti pokok anda kecil. Kenali masalah pokok dan jenis ulat dahulu. Biasakan diri anda dengan cuaca panas dahulu kerana cili sesuai dipetik pada waktu panas.

Buat kajian kos terperinci tentang sewa tanah, gaji pekerja, kos pemasaran, kos meracun, kos baja,kos penyiraman, bil elektrik dan sebagainya. Buat juga persediaan berhubung tenaga kerja jika tenaga kerja sedia ada berhenti kerja,bermasalah dan sebagainya.

Ini kerana sebagai usahawan yang komited,setelah anda bermula,anda tidak boleh toleh ke belakang lagi. Segala masalah yang bakal mendatang, telah anda sediakan pelan mengatasnya.Jika kajian anda lengkap, insya Allah anda akan berjaya.

Rata-rata kegagalan pengusaha tanaman cili kita saya dapati berpunca daripada ketiadaan pekerja yang mencukupi terutamanya untuk proses mengemas kebun dan juga penanaman semula. Antara punca lainnya pula ialah kesalahan harga jualan tanaman. Jika anda menjual pada harga yang rendah, cili anda memang laris tetapi adakah anda untung? Sebagai peniaga dan usahawan, anda perlu untung.

Soal untung ini amat kritikal untuk menjamin kelangsungan usaha dan motivasi anda.
Aktiviti memetik cili dan meracun juga memakan masa. Aktiviti pemantauan dan membaik pulih pokok yang telah tumbang akibat rebut dan sebagainya juga meletihkan dan memerlukan tenaga yang mencukupi di samping ketabahan dan semangat yang cekal.
Untuk makluman anda, kos baja untuk tanaman cili sahaja juga agak tinggi. Boleh mencecah sekitar RM700 sebulan untuk 2000 pokok cili.

Berdasarkan pengalaman saya, masalah besar tanaman cili ini ialah kulat yang datang daripada pelbagai punca dan juga kekurangan tenaga pekerja.

Bercakap tentang pasaran cili, setakat ini, pasaran cili memang tidak ada masalah. Permintaan memang tinggi. Cuma hasil cili tempatan yang tidak mencukupi kerana banyak kebun cili yang diserang perosak dan bermasalah.

Akhir kata, sebagai rumusan,tips saya untuk semua pengusaha cili adalah seperti berikut:-

1.Pastikan anda memerlukan pekerja yang mencukupi dan memiliki permit kerja berkaitan yang sah.

2. Pastikan anda menjual hasil anda pada harga yang menguntungkan. Buat kajian kos terperinci. Jika atas kertas sudah rugi,buat kajian semula atau jangan teruskan.

3. Pastikan anda memiliki modal kecemasan yang mencukupi (untuk tanam semula pada bila-bila masa).

4.Pemantauan harian status pokok amat kritikal dan lebih berkesan berbanding meracun.(Pencegahan lebih baik daripada rawatan). Melalui pemantaun harian yang teliti, anda dapat mengenalpasti pokok anda yang bermasalah secepat mungkin dan membuangnya segera. Kos rawatan agak tinggi dan belum tentu berhasil. Pencantasan dahan bermasalah juga amat membantu kerana penyakit dan serangan merebak dengan sangat cepat melalui angin, kulat dan sebagainya. Percayalah. Racun tertentu hanya berkesan untukperingkat tertentu. Itulah sebabnya mengapa saya sangat menekankan faktor pemantauan untuk kejayaan anda.Untuk aktiviti pemantauan, jumlah pekerja yang mencukupi dan boleh dipercayai amat penting di dalam tanaman cili ini.

5. Tuan punya tanaman (anda) harus terlibat aktif di dalam aktiviti tanaman cili ini. Anda tidak boleh mengharapkan pekerja anda semata-mata.

6.Kebun/ladang anda tidak boleh berada jauh dari anda. Banyak masalah yang akan timbul kelak.

Semoga Berjaya.

Thursday, December 10, 2009

Monday, November 2, 2009

Cecair Kawalan Serangga Herba 100% Brogard


Brogard adalah satu jenis cecair kawalan serangga herba 100% yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pestisid biasa.Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan.
Kepada yang berminat, silalah layari blog berikut:-

http://www.brogardherba.blogspot.com/

Tuesday, October 20, 2009

Pekerja diperlukan




Dimaklumkan bahawa kami di Taman Fertigasi Kita memerlukan pekerja untuk tanaman semula pokok cili, menjaga dan meyelenggara pokok-pokok cili sedia ada dengan seberapa segera.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi saya di talian 016-6470651 untuk perbincangan lanjut.

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saya dari Taman Fertigasi Kita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung dan pelawat blog ini.

Friday, September 11, 2009

Pokok Cili Saya Pada 6 September 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 6 September 2009


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 6 September 2009


Pokok cili saya di plot 6 pada 6 September 2009


Pokok cili saya di plot 7 pada 6 September 2009


Plot 8 yang sedang disiapkan pada 6 September 2009

Thursday, August 27, 2009

Pokok cili saya pada 22 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 22 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 22 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 6 pada 22 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 7 pada 22 Ogos 2009



Inilah hasil cili yang telah dipetik untuk dijual. Alhamdulillah.
Cili-cili yang kurang baik perlu diasingkan dahulu sebelum dibungkus untuk dijual.

Monday, August 10, 2009

Pokok cili saya pada 8 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 8 Ogos 2009


Sebahagian cili yang telah merah di plot 1 pada 8 Ogos 2009. Alhamdulillah.


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 8 Ogos 2009.


Pokok cili saya di plot 6 pada 8 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 7 pada 8 Ogos 2009

Cili-cili ini semuanya dibuka untuk jualan mengikut harga pasaran di negeri-negeri. Pada masa ini, permintaan agak memberangsangkan. Alhamdulillah.

Jika ada sesiapa nak tempah atau beli, bagilah tau saya ye?

Monday, August 3, 2009

Pokok Cili Saya Pada 2 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 2 Ogos 2009


Cili merah di plot 1


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 2 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 6 pada 2 Ogos 2009


Pokok cili saya di plot 7 pada 2 Ogos 2009

Wednesday, July 22, 2009

Pokok Cili Saya Pada 19 Julai 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 19 Julai 2009.


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 19 Julai 2009.


Pokok cili saya di plot 6 pada 19 julai 2009.


Pokok cili saya di plot 7 pada 19 Julai 2009. Pokok cili di plot ini sudah mula berbunga. Alhamdulillah.

Monday, July 13, 2009

Pokok Cili Saya Pada 12 Julai 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 12 Julai 2009


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 12 julai 2009


Pokok cili saya di plot 6 pada 12 Julai 2009


Pokok cili saya di plot 7 pada 12 Julai 2009

Wednesday, July 8, 2009

Pokok Cili Saya Pada 4 Julai 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 4 Julai 2009.


Antara pokok cili saya yang sedang lebat berbuah di plot 1 pada 4 Julai 2009. Alhamdulillah.


Pokok cili saya diplot 3,4,5 dan 6 pada 4 Julai 2009.


Pokok cili saya di plot 6 pada 4 Julai 2009.



Pokok cili saya di plot 7 pada 4 julai 2009.

Monday, June 29, 2009

Pokok Cili Saya Pada 28 Jun 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 28 Jun 2009. Kerja-kerja memasang buluh pancang dan mengikat tali di antara satu buluh ke satu buluh yang lain telah siap.


Pokok cili saya di plot 2 pada 28 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 28 Jun 2009. Ada pokok yang telah berbunga di plot 3,4 dan 5 ini. Alhamdulillah.


Pokok cili saya di plot 6 pada 28 Jun 2009. Kerja-kerja memasang buluh pancang sedang dijalankan.


Pokok cili saya di plot 7 pada 28 Jun 2009.


Inilah sebahagian daripada hasil yang telah dituai dari plot 1 dan 2 untuk dijual. Doakanlah agar kami mendapat hasil yang lebih banyak dan diberkati Allah lagi ye?

Monday, June 22, 2009

Pokok Cili Saya Pada 21 Jun 2009


Kerja-kerja memasang buluh pancang dan mengikat tali antara buluh ke buluh sedang dijalankan. Ini bagi membantu megelakkan pokok-pokok cili daripada tumbang atau sekah akibat ditiup angin.


Pokok cili saya di plot 1 pada 21 Jun 2009. Terdapat botol yang telah diisikan dengan cecair perangkap lalat buah di dalam gambar. Ini bagi membantu mengurangkan serangan lalat buah yang sering merosakkan cili.


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 21 Jun 2009.


Pokok Cili Saya Di Plot 6 pada 21 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 7 pada 21 Jun 2009. Barisan yang kanan sekali telah ditanam dengan pokok cili api semerah dan sedikit pokok tomato.


Sebahagian cili yang telah dipetik untuk dijual pada 21 Jun 2009. Alhamdulillah.

Monday, June 15, 2009

Pokok Cili Saya Pada 13 Jun 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 13 Jun 2009. Terdapat beberapa botol yang digantung pada buluh pancang. Botol-botol ini telah diisi dengan cecair penarik lalat buah untuk memerangkap lalat-lalat buah yang sering merosakkan cili dan juga buah-buahan lain.


Pokok cili saya yang telah berbunga di plot 2 pada 13 Jun 2009. Sebiji buah cili yang besar adakalanya mampu mencecah berat sehingga 20g.


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 13 Jun 2009. Ada diantara pokok-pokok ini yang telah pun mula berbunga. Alhamdulillah.


Pokok cili saya di plot 6 pada 13 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 7 pada 13 Jun 2009.