Monday, June 29, 2009

Pokok Cili Saya Pada 28 Jun 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 28 Jun 2009. Kerja-kerja memasang buluh pancang dan mengikat tali di antara satu buluh ke satu buluh yang lain telah siap.


Pokok cili saya di plot 2 pada 28 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 28 Jun 2009. Ada pokok yang telah berbunga di plot 3,4 dan 5 ini. Alhamdulillah.


Pokok cili saya di plot 6 pada 28 Jun 2009. Kerja-kerja memasang buluh pancang sedang dijalankan.


Pokok cili saya di plot 7 pada 28 Jun 2009.


Inilah sebahagian daripada hasil yang telah dituai dari plot 1 dan 2 untuk dijual. Doakanlah agar kami mendapat hasil yang lebih banyak dan diberkati Allah lagi ye?

Monday, June 22, 2009

Pokok Cili Saya Pada 21 Jun 2009


Kerja-kerja memasang buluh pancang dan mengikat tali antara buluh ke buluh sedang dijalankan. Ini bagi membantu megelakkan pokok-pokok cili daripada tumbang atau sekah akibat ditiup angin.


Pokok cili saya di plot 1 pada 21 Jun 2009. Terdapat botol yang telah diisikan dengan cecair perangkap lalat buah di dalam gambar. Ini bagi membantu mengurangkan serangan lalat buah yang sering merosakkan cili.


Pokok cili saya di plot 3,4,5 dan 6 pada 21 Jun 2009.


Pokok Cili Saya Di Plot 6 pada 21 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 7 pada 21 Jun 2009. Barisan yang kanan sekali telah ditanam dengan pokok cili api semerah dan sedikit pokok tomato.


Sebahagian cili yang telah dipetik untuk dijual pada 21 Jun 2009. Alhamdulillah.

Monday, June 15, 2009

Pokok Cili Saya Pada 13 Jun 2009


Pokok cili saya di plot 1 pada 13 Jun 2009. Terdapat beberapa botol yang digantung pada buluh pancang. Botol-botol ini telah diisi dengan cecair penarik lalat buah untuk memerangkap lalat-lalat buah yang sering merosakkan cili dan juga buah-buahan lain.


Pokok cili saya yang telah berbunga di plot 2 pada 13 Jun 2009. Sebiji buah cili yang besar adakalanya mampu mencecah berat sehingga 20g.


Pokok cili saya di plot 3,4 dan 5 pada 13 Jun 2009. Ada diantara pokok-pokok ini yang telah pun mula berbunga. Alhamdulillah.


Pokok cili saya di plot 6 pada 13 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 7 pada 13 Jun 2009.

Monday, June 8, 2009

Pokok Cili Saya Pada 6 Jun 2009


Pokok cili di plot 3,4,5 dan 6 pada 6 Jun 2009.




Pokok-pokok cili saya yang telah berbuah pada 6 Jun 2009. Alhamdulillah.


Plot 7 yang sedang disiapkan pada 6 Jun 2009.


Pokok cili saya di plot 1 pada 6 Jun 2009.


Pandangan keseluruhan pokok cili saya pada 6 Jun 2009.

Monday, June 1, 2009

Pokok Cili Saya Pada 30 Mei 2009

Gambar pokok cili saya di plot 1 pada 30 Mei 2009.

Gambar pokok cili saya yang telah berbunga setakat 30 Mei 2009. Alhamdulillah.

Gambar pokok cili yang telah berbunga pada 30 Mei 2009. Alhamdulillah.

Gambar pokok cili saya di plot yang terbaru iaitu plot 6 yang baru disiapkan sepenuhnya.

Pada peringkat ini, serangan serangga perosak sudah mula meningkat terutamanya bena putih, kutu thrip dan hama. Serangan serangga perosak bena putih ini biasanya menyebabkan daun-daun menjadi keriting. Langkah mengatasi yang saya lakukan ialah mencantas dan meracun. Doakan saya berjaya ye?